Resipi Donut Gebu dan Lembut | Dalam banyak-banyak kuih tradisional, anak-anak Atul suka sangat dengan kuih donut. Tak kiralah, donut bersalut gula atau bersalut coklat. Asalkan donut, pasti anak-anak Atul suka sangat.
Salah satu kuih donut gebu yang selalu Atul buat untuk anak-anak, di sini resipinya. Memang simple cara buat donut ikut resepi tu.
Tapi kali ini Atul nak kongsikan resipi donut gebu gebas dan lembut yang sangat menyelerakan. Kalau nak tahu cara-cara buat donut gebu gebas dan lembut ni, teruskan membaca ya.
Resipi Donut Gebu dan Lembut
Pesanan pentingUntuk buat donat ni ada 2 perkara penting yang awak kena ambik kisah.
1. Masa menguli tepung. Pastukan tepung di uli sehingga betul-betul kembang
2. Masa mengoreng. Ketika menggoreng, pastikan guna api yang sedang2 sahaja, jangan terlalu kecik or besar sangat. Kena betul-betul sederhana ya. hehe part yang ni memang kena gigih berusaha okay.
Untuk makluman, resepi ini tiada sukatan, jadi kena agak-agak je. So, kalau nak tahu step-step yang betul, follow entri dibawah ini betul-betul ya. Kalau tak follow nanti, keras pulak, Atul tak tanggung ya hehehe
Bahan-bahan untuk Donut Gebu dan Lembut
👉 1 peket yis mauripan
👉 Gula
👉 Susu
👉 Garam
👉 1 cawan Air suam
👉 DOUBLE ACTION BAKING POWDER
👉 Planta
👉 Tepung gandum
Cara-cara membuat Donut Gebu dan Lembut
Langkah 1
Rendam 1 peket yis dengan secawan air suam. Tambah gula dan susu. Sukatan terpulang. Kalau nak manis letak lebih. Kalau tak nak manis letak agak-agak gitu sebab yg ni tidak akan cacatkan bentuk donut anda. Kemudian biarkan ia kembang dahulu.
Langkah 2
Setelah yis tadi kembang dengan meriahnya, letak garam dan gaul-gaul sehingga larut. Kemudian part yang paling penting, letakkan DOUBLE ACTION BAKING POWDER. Letak dalam 2¹/² sudu teh.Ikutlah pada banyak mana tepung yang nak guna tu. Double Action Baking Powder ni wajib tau. ia ni macam tunggak utama, klu tak ada, cacat la kejadian donut tu nanti 😂😂 takkan nak donut cacatkan? hehe
Langkah 3
Gaulkan tepung gandum dengan planta,ramas sehingga sebati. Sukatan tepung ikut banyak mana donut yang dikehendaki. Boleh letak 2 atau 3 cawan. Planta jangan banyak sangat, letak dalam 2/3 sudu je..
Langkah 4
Tuang air yis tadi dalam tepung tu sedikit demi sedikit, jangan sekaligus ya. Naya je nanti 😂. Lepas uli sehingga doh betul-betul tidak melekat ditangan. kalau terlajak letak air yis tu..boleh je tambah tepung gandum sikit. Tiada masalah.
Langkah 5
Mase menguli...ambil masa dalam 30 minit menguli untuk pastikan doh tidak melekat dekat tangan. Kalu melekat makna doh korg terlajak air. Sila tambah tepung sedikit. selepas 30 minit, bila dah betul-betul tidak melekat di tangan, bolehlah rehatkan doh bagi die betul2 kembang.
Langkah 6
Bila dah kembang, uli sekejap then mula rounding sebiji-sebiji. Letak dlm tray. Rehatkan doh sampai betul-betul kembang lagi. Untuk step 5+6 aku ambil masa lebih kurang 1 jam. Uli+rehat. Masa ni dah boleh panaskan kuali dengan api yang perlahan je. Doh tak boleh minyak terlampau panas nanti tak masak dekat dalam. So biarkan minyak panas seketika
Langkah 7
Ambil doh yang dah betul-betul kembang dan masukkan dalam kuali. Bila part mengoreng ni, DILARANG sama sekali untuk kerapkan kalih2 doh tu..bila masuk je doh biarkan die masak 1 bahagian dlu...biarkan doh tu bermandi manda dlm minyak panas tu, Jangan gatal tangan nak balik-balikkan doh ya. Dah masak baru boleh kalihkan ke bahagian satu lagi. baru laa RING donut tu muncul. So, kat sini jangan derhaka tau. hehe Paling tak pon 3x kalih je. Part mengoreng ni die amik masa lama sebab kita masak dalam api yang perlahan..sabar je laaa k.
Langkah akhir
Toskan donut kemudian taburkan dengan snow sugar. Okay, Is done.
Kalau tak faham boleh je PM/DM owner original resipi ni terus ya. Atul share sebab donut ni sedap, gebu dan lembut je rasanya. nyum nyum nyum..
Kredit resipi asal: Elliesya Ismi
Selamat memasak donut gebu dan lembut mengikut resipi di atas ya.
gebunyaa...lapar la pula hihi
ReplyDeleteCantik je donat tu. Saya pun suka. Hehe
ReplyDeleteSedapnyaaa donat
ReplyDeleteHai sy singgah dan follow blog akak
nampak sedap
ReplyDeleteinsurans
ReplyDeleteetiqa home insurance
tuntutan insurans
home insurance
belanja
Wah heloknya.. bebila boleh lah Kak Sue cuba resepi nie nanti..
ReplyDelete