Cara Letak Scroll Box di Bloglist



Cara Letak Scroll Box di Bloglist | Hai semua. Dah selesai berbuka tu? Atul sudah. Alhamdulillah. Hari ini simple je sebab tadi berbuka sensorang, suami kena kerja 24jam, bertugas sempena ops COVID-19 ni.

So, hari ini Atul nak share 3 cara letak scroll-box di bloglist. Atul harap sharing Atul ni membantu anda yang tercari-cari cara nak buat scroll box selama ini.


Cara Letak Scroll Box di Bloglist

Okay. Sebelum nak buat scroll box, korang kena la buat siap-siap bloglist tu dulu. Macam dalam gambar bawah ni.
Cara Letak Scroll Box di Bloglist

Ha, bila dah ada bloglist ni, baru lah kita boleh buat scroll box tu.


Cara Untuk Letak Scroll Box di bloglist


Cara pertama letak scroll box di bloglist


1. cari dulu tajuk bloglist yang anda buat, tujuannya untuk memudahkan anda tambah coding nanti

Kemudian, Tekan Ctrl + F untuk mulakan pencarian tajuk bloglist anda
Masukkan tajuk bloglist dan tekan ENTER
Cara Letak Scroll Box di Bloglist


Kemudian, ia akan terus jump ke perkataan yang anda cari. Ingat, anda kena cari tajuk yang sebarisnya ada perkataan "bloglist" macam dalam gambar di bawah ni.

Cara Letak Scroll Box di Bloglist


Seterusnya, terus cari <div class='widget-content'>

Cara Letak Scroll Box di Bloglist


Dibahagian ini lah yang perlu anda tambah 'coding' untuk munculkan Scroll box di bloglist


Cara Letak Scroll Box di Bloglist


Selepas _container&quot;' Anda perlu tambah  style='height:200px;overflow:auto;'  (coding inilah untuk hasilkan scroll box tu)


Cara Letak Scroll Box di Bloglist


style='height:200px;overflow:auto;' 

Anda boleh ubah angka warna merah tu, untuk dapatkan saiz ketinggian kotak scroll box bloglist yang anda mahukan.


5. Jangan lupa untuk klik SAVE ya. Selesai 😊 Cuba refresh. Mesti bloglist anda kini telah ada scroll box. 


Cara kedua letak scroll box di bloglist


Bagi sesetengah theme, coding widget tersorok sikit. Sorok macam mana tu? Teruskan tengok langkah kedua ini

1. cari dulu tajuk bloglist yang anda buat, tujuannya untuk memudahkan anda tambah coding nanti

Kemudian, Tekan Ctrl + F untuk mulakan pencarian tajuk bloglist anda
Masukkan tajuk bloglist dan tekan ENTER
Cara Letak Scroll Box di Bloglist


Kemudian, ia akan terus jump ke perkataan yang anda cari. Ingat, anda kena cari tajuk yang sebarisnya ada perkataan "bloglist" macam dalam gambar di bawah ni.

Cara Letak Scroll Box di Bloglist

2.  Tekan 3 titik >...< macam dalam gambar di bawah 


Cara Letak Scroll Box di Bloglist


 3. Tekan 3 titik sebelah id='main'  >...< macam dalam gambar di bawah 

Cara Letak Scroll Box di Bloglist


4. Cari <div class='widget-content'>

Cara Letak Scroll Box di Bloglist


Dibahagian ini lah yang perlu anda tambah 'coding' untuk munculkan Scroll box di bloglist


Cara Letak Scroll Box di Bloglist


Selepas _container&quot;' Anda perlu tambah  style='height:200px;overflow:auto;'>  (coding inilah untuk hasilkan scroll box tu)


Cara Letak Scroll Box di Bloglist


style='height:200px;overflow:auto;' 

Anda boleh ubah angka warna merah tu, untuk dapatkan saiz ketinggian kotak scroll box bloglist yang anda mahukan.


5. Jangan lupa untuk klik SAVE ya. Selesai 😊 Cuba refresh. Mesti bloglist anda kini telah ada scroll box. 


Cara Ketiga Letak Scroll box di bloglist


Cara kedua lagi mudah. Anda hanya perlu klik Jump To Widget sahaja. Kemudian cari Bloglist.

Cara Letak Scroll Box di Bloglist


Selepas itu, ia akan terus ke bloglist widget seperti dalam gambar dibawah


Cara Letak Scroll Box di Bloglist


Untuk hasilkan scroll box, anda perlu ulang sahaja langkah ke 2 (dua) dalam cara pertama hingga selesai.

Mudah je kan? Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.

-Atul Hamid-

Related Posts:

6 comments:

  1. yeayyy thanks share info ni atul ... sangat bergunaa.. za dah boleh buat scroll bar utk blog list :P

    ReplyDelete
  2. Thanks atul, sharing tutorial.

    ReplyDelete
  3. Thanks for the tutorial. Esok nak buatlah.

    ReplyDelete
  4. Thanks sharing tutorial ni nanti nak cuba buatlah hihi...

    ReplyDelete
  5. Saya dah try ikut step tapi x menjadi . Mungkin sy pening kot . Boleh ajar personal x ?

    ReplyDelete
  6. The Perfect Casino: Top Offers & Bonuses at
    The Best Casino Offers. Casino Bonuses & งานออนไลน์ Promotions. With an wooricasinos.info emphasis 바카라 사이트 on casino games, the casino-roll.com gambling septcasino industry is expected to explode

    ReplyDelete