Panduan Solat Terawih 8 Rakaat Di Rumah | Bulan Ramadan bakal menjelma tidak lama lagi, walaupun kini seluruh umat Islam bakal menyambut Ramadan ketika berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sempena penularan wabak COVID-19. Namun, kemeriahan untuk menyambut Ramadan tetap dapat dirasai.
Pengisytiharan PKP oleh kerajaan Malaysia ini telah berlangsung sejak 18 Mac 2020 lagi. Sempena musim PKP ini, orang ramai dinasihatkan supaya berada di rumah sepanjang masa, melaksanakan penjarakan sosial dan juga semua aktiviti berkumpulan perlu dihentikan buat sementara waktu termasuk aktiviti keagamaan bagi menyekatkan penularan wabak.
Bersempena dengan kehadiran Ramadan al Mubarak ini, walaupun solat terawih tidak dapat dilaksanakan di masjid seperti bulan Ramadan sebelum ini, umat Islam digalakkan untuk melaksanakan solat tarawih bersama keluarga di rumah dan kediaman masing-masing.
Jadi, disini Atul kongsikan panduan mengerjakan solat Terawih dirumah yang boleh diketuai oleh para suami atau ketua keluarga bagi mengimarahkan rumah dan kediaman masing-masing dengan kedatangan bulan Ramadan al Mubarak ini.
Panduan Mengerjakan Solat Terawih Bersama Keluarga Di Rumah
Latar Belakang Solat Tarawih
- Pensyariatan : Khusus di malam bulan Ramadan.
- Hukum : Sunat Muakkad (yang sangat dituntut).
- Bilangan rakaat : Kelaziman di lakukan di Malaysia sebanyak 20 rakaat atau 8 rakaat, setiap dua rakaat dengan sekali salam.
- Cara pelaksanaan: Boleh dilaksanakan secara munfarid (bersendirian) namun, lebih utama dilakukan secara berjamaah. Sunat beristirehat sebentar setelah selesai setiap empat rakaat.
- Waktu pelaksanaan : Setiap malam sepanjang bulan Ramadan, selepas menunaikan solat Isyak sehingga sebelum masuk fajar (waktu subuh).
Dalil pelaksanaan : Sabda Nabi SAW :
Bermaksud : โ Barangsiapa berpuasa Ramadan atas dasar iman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampunkan dosanya yang telah lalu โ.
- Rukun solat : 13 rukun ( qauli, fiโli dan qalbi) seperti rukun solat yang lain
- Syarat sah : Seperti syarat sah solat yang lain
Saranan sebelum melaksanakan solat terawih di rumah:
Dianjurkan kepada seluruh ahli keluarga melaksanakan solat fardu Isyak dan solat sunat
terawih secara berjemaah di rumah dan kediaman masing-masing dengan mengatur langkah
seperti berikut:
- Sunat melaungkan azan di rumah (sunat kifayah bagi solat berjemaah dan sunat ainiyah bagi solat bersendirian)
- Melaksanakan sunat Isyak Qabliah
- Sunat melaungkan Iqamah untuk solat Fardu Isyak (sunat muakkad bagi semua solat fardu)
- Solat Isyak secara berjamaah
- Berdoa bersama-sama
- Melaksanakan solat sunat Isyak Baโdiah (rawatib)
Tatacara (kaifiat) solat Tarawih sebanyak 8 rakaat
1. Anjuran untuk mengalunkan seruan melaksanakan solat tarawih seperti tarawih seperti:
ุงูุตููุงูุฉูู ุฌูุงู ูุนูุฉ (marilah solat secara berjemaah)
ุงูุตููุงูุฉูู ุฌูุงู ูุนูุฉ (marilah solat secara berjemaah)
2. Lafaz Niat solat sunat tarawih bagi imam dan makmum:
3. Bacaan Surah Selepas membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap rakaat pertama solat sunat Tarawih ini dibaca pula surah-surah yang tertentu. Dibolehkan membaca surah-surah yang pendek kerana solat sunat jika dilakukan secara berjemaah dianjurkan meringankan bacaan serta disesuaikan dengan keadaan makmum.
4. Bagi malam pertama sehingga 15 Ramadan
Dari malam 1 hingga 15 Ramadhan, lazimnya pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca satu surah yang bermula dari surah at-Takathur hingga surah al-Fil. Susunan surah-surah yang dibaca selepas membaca Al-Fatihah di setiap rakaat pertama adalah seperti berikut:
๐ Surah At-Takathur
๐ Surah Al-Asr
๐ Surah Al-Humazah
๐ Surah Al-Fil
Kemudian, pada tiap-tiap rakaat kedua hendaklah dibaca surah al-lkhlas:
5. Bagi malam 16 Ramadan hingga akhir Ramadan
Dari malam 16 hingga akhir Ramadhan, lazimnya pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr.
Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah at-Takathur hingga kepada surah al-fil atau surah-surah pendek yang lain.
Berikut adalah cara mengerjakan solat sunat Terawih 8 rakaat.
Cara Mengerjakan Solat Terawih 8 Rakaat berserta bacaan selawat selepas setiap 2 rakaat Solat Tarawih 8 rakaat
Setelah selesai solat terawih 8 rakaat, selepas salam Imam akhiri dengan membaca doa solat sunat Terawih.
Doa Solat Terawih
Ertinya;
Selepas itu, hendaklah melaksanakan solat Sunat Witir sebanyak 3 rakaat, 2 salam.
Cara Melaksanakan Solat Witir Selepas Solat Terawih
1, Melaksanakan solat Witir 2 rakaat
2. Sesudah salam, terus berdiri untuk mengerjakan solat Witir 1 rakaat
Akhir sekali, hendaklah melaksanakan solat sunat dengan menjaga rukun-rukun solat, memelihara sunat dan adab bersolat serta khusyuk dan tidak tergesa-gesa.
Baca juga: Panduan Solat Sunat Terawih 20 rakaat dirumah
Dari malam 16 hingga akhir Ramadhan, lazimnya pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr.
Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah at-Takathur hingga kepada surah al-fil atau surah-surah pendek yang lain.
Berikut adalah cara mengerjakan solat sunat Terawih 8 rakaat.
Cara Mengerjakan Solat Terawih 8 Rakaat berserta bacaan selawat selepas setiap 2 rakaat Solat Tarawih 8 rakaat
Bacaan Sebelum Memulakan Solat Terawih
Jemaah bangun untuk menunaikan solat terawih rakaat 1 dan rakaat 2, dan setelah selesai, selepas salam rakaat kedua;
Kemudian jemaah bangun untuk menunaikan solat Terawih rakaat 3 dan rakaat 4, dan setelah selesai, selepas salam rakaat 4;
Seterusnya jemaah bangun kembali untuk menunaikan rakaat 5 dan rakaat 6, dan setelah selesai, selepas salam rakaat ke 6;
Jemaah bangun untuk menunaikan solat Terawih rakaat 7 dan rakaat 8, dan setelah selesai, selepas salam rakaat 8;
Jemaah bangun untuk menunaikan solat terawih rakaat 1 dan rakaat 2, dan setelah selesai, selepas salam rakaat kedua;
Kemudian jemaah bangun untuk menunaikan solat Terawih rakaat 3 dan rakaat 4, dan setelah selesai, selepas salam rakaat 4;
Seterusnya jemaah bangun kembali untuk menunaikan rakaat 5 dan rakaat 6, dan setelah selesai, selepas salam rakaat ke 6;
Jemaah bangun untuk menunaikan solat Terawih rakaat 7 dan rakaat 8, dan setelah selesai, selepas salam rakaat 8;
Doa Solat Terawih
Ertinya;
โ Dengan nama Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah! jadikanlah kami orang yang sempurna imannya, yang melaksanakan kewajibAn-kewajiban terhadap-Mu, yang memelihara solat, yang mengeluarkan zakat, yang mencari apa yang ada di sisi-Mu, yang mengharapkan ampunAn-Mu, yang berpegang pada petunjuk, yang berpaling daripada kebatilan, yang zuhud di dunia, yang menyenangi akhirat, yang reda dengan ketentuan, yang bersyukur atas nikmat yang diberikan, yang sabar atas segala musibah, yang berada di bawah panji-panji Junjungan kami, Nabi Muhammad SAW pada hari kiamat, sampai kepada telaga (yakni telaga Nabi Muhammad SAW) yang masuk ke dalam Syurga, yang selamat daripada Neraka. Yang duduk di atas pangkin kemuliaan, yang menikah dengan para bidadari, yang mengenakan berbagai sutera ,yang makan makanan Syurga, yang minum susu dan madu yang murni dengan gelas, cangkir, dan cawan bersama orang-orang yang Engkau beri nikmat daripada para nabi, siiddiqin, syuhada dan orang yang soleh. Mereka itulah teman yang terbaik. Itulah keutamaan (anugerah) daripada Allah, dan cukuplah bahawa Allah Maha Mengetahui.
Ya Allah! jadikanlah kami pada malam yang mulia dan diberkahi ini tergolong dikalangan orang yang bahagia dan diterima amalnya, dan janganlah Engkau jadikan kami tergolong dikalangan orang yang celaka dan ditolak amalnya, Semoga Allah mencurahkan rahmAt-Nya atas penghulu kita Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda dan sahabat Baginda semuanya, berkat rahmAt-Mu, oh Tuhan, Yang Paling Penyayang di antara yang penyayang. Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam โ.
Selepas itu, hendaklah melaksanakan solat Sunat Witir sebanyak 3 rakaat, 2 salam.
Cara Melaksanakan Solat Witir Selepas Solat Terawih
1, Melaksanakan solat Witir 2 rakaat
a) Lafaz niatnya pada dua rakaat pertama:
b.) Bacaan selepas Surah Al-Fatihah :
๐ Rakaat pertama: Surah Al-Aโlaa
๐ Rakaat kedua: Surah Al-Kafirun
c) Akhiri Salam
2. Sesudah salam, terus berdiri untuk mengerjakan solat Witir 1 rakaat
a) Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah pada rakaat terakhir, adalah โSurah Muโawwizatโ iaitu :
๐ Al-Ikhlas;
๐ Al-Falaq;
๐ An-Naas
b) Disunatkan membaca doa qunut pada rakaat yang terakhir selepas malam yang ke 16 sehinga akhir Ramadan. Lafaz qunut seperti doa qunut ketika dibaca diwaktu subuh. Jika tertinggal maka, disunatkan sujud sahwi.
3. Membaca doa selesai daripada solat witir;
3. Membaca doa selesai daripada solat witir;
Ertinya:
โ Ya Allah! Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu iman yang tetap, kami memohon kepada-Mu hati yang khusyu', kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, kami memohon kepada-Mu keyakinan yang benar, kami memohon kepada-Mu amal yang soleh, kami memohon kepada-Mu agama yang lurus, kami memohon kepada-Mu kebaikan yang banyak, kami memohon kepada-Mu ampunan dan afiat, kami memohon kepada-Mu kesihatan yang sempurna, kami memohon kepada-Mu syukur atas kesihatan, dan kami memohon kepada-Mu terkaya daripada semua manusia. Ya Allah! Tuhan kami, Terimalah daripada kami solat kami, puasa kami, solat malam kami, kekhusyukan kami, kerendahan hati kami, ibadah kami. Sempurnakanlah kelalaian atau kekurangan kami, Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Wahai Dzat yang Paling Penyayang diantara para penyayang. Semoga rahmat Allah tercurahkan kepada sebaik makhluk-Nya, Nabi Muhammad SAW, keluarga dan sahabatnya semua, dan segala puji milik Allah, Tuhan semesta alamโ.
Akhir sekali, hendaklah melaksanakan solat sunat dengan menjaga rukun-rukun solat, memelihara sunat dan adab bersolat serta khusyuk dan tidak tergesa-gesa.
Baca juga: Panduan Solat Sunat Terawih 20 rakaat dirumah
Peringatan :
Kepada para suami dan ketua keluarga adalah diharapkan dapat istiqamah (konsisten) dalam mengimarahkan rumah dan kediaman dengan kedatangan bulan Ramadan al Mubarak ini. Disamping melaksanakan kepelbagaian ibadat solat maka, dianjurkan meluaskan kehadiran rahmat Allah SWT dengan membaca Al-Quran, berzikir dan lain-lain.
Semoga perkongsian panduan mengerjakan solat sunat Terawih ini mempermudahkan kalian melaksana solat sunat Terawih bersama-sama keluarga tercinta dirumah sempena musim PKP ini.
Terima kasih, perkongsian yang sangat bermanafaat.
ReplyDeleteSlots Machine | Slot Machines & Casino Games - JTM Hub
ReplyDeleteIt's ์์ธํน๋ณ ์ถ์ฅ์ต not ๊ณ ์ ์ถ์ฅ๋ง์ฌ์ง just about the Slots ์ถ์ฒ ์ถ์ฅ์ต and Table Games - as we do all over ๋ฐ์ ์ถ์ฅ๋ง์ฌ์ง the world. All you have to do is ์์ฃผ ์ถ์ฅ์๋ง try your luck and try your luck!