Panduan Solat Terawih 20 Rakaat Di Rumah | Tahun ini bakal menjadi sejarah dan
kenangan yang sangat bermakna buat kita semua kerana seluruh umat Islam akan
menyambut Ramadan ketika berlakunya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sempena
penularan wabak COVID-19.
Pengisytiharan PKP oleh kerajaan Malaysia ini telah berlangsung sejak 18 Mac
2020 lagi. Sempena musim PKP ini, orang ramai dinasihatkan supaya berada di rumah sepanjang
masa, melaksanakan penjarakan sosial dan juga semua aktiviti berkumpulan perlu dihentikan
buat sementara waktu termasuk aktiviti keagamaan bagi menyekatkan penularan
wabak.
Bersempena
dengan kehadiran Ramadan al Mubarak ini, walaupun solat terawih tidak dapat
dilaksanakan di masjid seperti bulan Ramadan sebelum ini, umat Islam digalakkan untuk
melaksanakan solat tarawih bersama keluarga di rumah dan kediaman masing-masing.
Jadi, disini Atul kongsikan panduan mengerjakan solat Terawih dirumah yang
boleh diketuai oleh para suami atau ketua keluarga bagi mengimarahkan rumah dan
kediaman masing-masing dengan kedatangan bulan Ramadan al Mubarak ini.
Panduan
Mengerjakan Solat Terawih Bersama Keluarga Di Rumah
Latar
Belakang Solat Tarawih
- Pensyariatan : Khusus di malam bulan Ramadan.
- Hukum : Sunat Muakkad (yang sangat dituntut).
- Bilangan rakaat : Kelaziman di lakukan di Malaysia sebanyak 20 rakaat atau 8 rakaat, setiap dua rakaat dengan sekali salam.
- Cara pelaksanaan: Boleh dilaksanakan secara munfarid (bersendirian) namun, lebih utama dilakukan secara berjamaah. Sunat beristirehat sebentar setelah selesai setiap empat rakaat.
- Waktu pelaksanaan : Setiap malam sepanjang bulan Ramadan, selepas menunaikan solat Isyak sehingga sebelum masuk fajar (waktu subuh).
Dalil
pelaksanaan : Sabda Nabi SAW :
Bermaksud
: “ Barangsiapa berpuasa Ramadan atas dasar iman dan
mengharapkan pahala daripada Allah, maka diampunkan dosanya
yang telah lalu ”.
- Rukun solat : 13 rukun ( qauli, fi’li dan qalbi) seperti rukun solat yang lain
- Syarat sah : Seperti syarat sah solat yang lain
Saranan
sebelum melaksanakan solat terawih di rumah:
Dianjurkan
kepada seluruh ahli keluarga melaksanakan solat fardu Isyak dan solat sunat
terawih
secara berjemaah di rumah dan kediaman masing-masing dengan mengatur langkah
seperti
berikut:
- Sunat melaungkan azan di rumah (sunat kifayah bagi solat berjemaah dan sunat ainiyah bagi solat bersendirian)
- Melaksanakan sunat Isyak Qabliah
- Sunat melaungkan Iqamah untuk solat Fardu Isyak (sunat muakkad bagi semua solat fardu)
- Solat Isyak secara berjamaah
- Berdoa bersama-sama
- Melaksanakan solat sunat Isyak Ba’diah (rawatib)
Tatacara
(kaifiat) solat Tarawih sebanyak 20 rakaat
1. Anjuran
untuk mengalunkan seruan melaksanakan solat tarawih seperti tarawih seperti:
الصَلاَةُْ جَامِعَة (marilah solat secara berjemaah)
الصَلاَةُْ جَامِعَة (marilah solat secara berjemaah)
2. Lafaz
Niat solat sunat terawih bagi imam dan makmum:
3. Bacaan Surah
Selepas membaca surah al-Fatihah pada tiap-tiap
rakaat pertama solat sunat Terawih ini dibaca pula surah-surah yang tertentu. Dibolehkan membaca surah-surah yang pendek kerana solat sunat jika
dilakukan secara berjemaah dianjurkan meringankan bacaan serta disesuaikan
dengan keadaan makmum.
4. Bagi
malam pertama sehingga 15 Ramadan
Dari malam 1 hingga 15 Ramadhan,
lazimnya pada tiap-tiap rakaat yang pertama
dibaca satu surah yang bermula dari surah at-Takathur hingga surah al-Masad. Susunan surah-surah yang dibaca selepas membaca Al-Fatihah di setiap rakaat pertama adalah seperti berikut:
👉 Surah At-Takathur
👉 Surah Al-Asr
👉 Surah Al-Humazah
👉 Surah Al-Fil
👉 Surah Quraisy
👉 Surah Al-Ma’un
👉 Surah Al-Kauthar
👉 Surah Al-Kafirun
👉 Surah An-Nasr
👉 Surah Al-Masad
Kemudian, pada tiap-tiap rakaat kedua hendaklah dibaca surah
al-lkhlas:
5. Bagi malam 16 Ramadan hingga akhir Ramadan
Dari malam 16 hingga akhir Ramadhan, lazimnya pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr.
Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah at-Takathur hingga kepada surah al-Masad.
6. Bacaan doa selesai solat Terawih
Ertinya;
Kemudian:
Seterusnya:
Kemudian;
Seterusnya;
Kemudian bacaan Imam;
Seterusnya;
selesai bacaan doa solat sunat terawih hendaklah melaksanakan solat sunat Witir.
Melaksanakan Solat Witir Selepas Solat Terawih
Selepas solat Terawih, hendaklah melaksanakan solat witir sebanyak 3 rakaat, 2 salam
1, Melaksanakan solat Witir 2 rakaat
Dari malam 16 hingga akhir Ramadhan, lazimnya pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr.
Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15 Ramadan iaitu bermula dari surah at-Takathur hingga kepada surah al-Masad.
6. Bacaan doa selesai solat Terawih
Ertinya;
“ Dengan nama
Allah, Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Ya Allah! jadikanlah kami
orang yang sempurna imannya, yang melaksanakan kewajibAn-kewajiban
terhadap-Mu, yang memelihara solat, yang mengeluarkan
zakat, yang mencari apa yang ada di sisi-Mu, yang mengharapkan ampunAn-Mu, yang berpegang pada petunjuk, yang berpaling
daripada kebatilan, yang zuhud di dunia, yang menyenangi akhirat, yang reda
dengan ketentuan, yang bersyukur atas nikmat yang diberikan, yang sabar atas
segala musibah, yang berada di bawah panji-panji Junjungan kami, Nabi
Muhammad SAW pada hari kiamat, sampai kepada telaga (yakni telaga Nabi
Muhammad SAW) yang masuk ke dalam Syurga, yang selamat daripada Neraka. Yang
duduk di atas pangkin kemuliaan, yang menikah dengan para
bidadari, yang mengenakan berbagai sutera ,yang makan makanan Syurga,
yang minum susu dan madu yang murni dengan gelas, cangkir, dan
cawan bersama orang-orang yang Engkau beri nikmat daripada para nabi,
siiddiqin, syuhada dan orang yang soleh. Mereka itulah teman yang terbaik.
Itulah keutamaan (anugerah) daripada Allah, dan cukuplah bahawa Allah Maha
Mengetahui.
Ya Allah!
jadikanlah kami pada malam yang mulia dan diberkahi ini tergolong dikalangan orang
yang bahagia dan diterima amalnya, dan janganlah Engkau jadikan
kami tergolong dikalangan orang yang celaka dan ditolak amalnya, Semoga
Allah mencurahkan rahmAt-Nya atas penghulu kita Nabi Muhammad SAW,
keluarga Baginda dan sahabat Baginda semuanya, berkat rahmAt-Mu, oh
Tuhan, Yang Paling Penyayang di antara yang penyayang. Segala puji bagi
Allah Tuhan semesta alam ”.
Bacaan selawat selepas setiap 2 rakaat Solat Tarawih 20 rakaat.
Pertama:
Seterusnya:
Kemudian;
Kemudian bacaan Imam;
Seterusnya;
selesai bacaan doa solat sunat terawih hendaklah melaksanakan solat sunat Witir.
Melaksanakan Solat Witir Selepas Solat Terawih
Selepas solat Terawih, hendaklah melaksanakan solat witir sebanyak 3 rakaat, 2 salam
1, Melaksanakan solat Witir 2 rakaat
a) Lafaz
niatnya pada dua rakaat pertama:
b.) Bacaan
selepas Surah Al-Fatihah :
👉 Rakaat pertama:
Surah Al-A’laa
👉 Rakaat kedua:
Surah Al-Kafirun
c) Akhiri Salam
2. Sesudah
salam, terus berdiri untuk mengerjakan solat Witir 1 rakaat
a) Lafaz niat pada satu rakaat terakhir:
Bacaan selepas Surah Al-Fatihah pada rakaat terakhir, adalah ‘Surah
Mu’awwizat’ iaitu :
👉 Al-Ikhlas;
👉 Al-Falaq;
👉 An-Naas
b) Disunatkan
membaca doa qunut pada rakaat yang terakhir selepas malam yang ke 16
sehinga akhir Ramadan. Lafaz qunut seperti doa qunut ketika dibaca diwaktu
subuh. Jika tertinggal maka, disunatkan sujud sahwi.
3. Membaca doa selesai daripada solat witir;
3. Membaca doa selesai daripada solat witir;
Ertinya:
“ Ya Allah!
Sesungguhnya kami memohon kepada-Mu iman yang tetap, kami memohon kepada-Mu
hati yang khusyu', kami memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, kami memohon
kepada-Mu keyakinan yang benar, kami memohon kepada-Mu amal yang soleh, kami
memohon kepada-Mu agama yang lurus, kami memohon kepada-Mu kebaikan yang
banyak, kami memohon kepada-Mu ampunan dan afiat, kami memohon kepada-Mu kesihatan
yang sempurna, kami memohon kepada-Mu syukur atas kesihatan, dan kami memohon
kepada-Mu terkaya daripada semua manusia. Ya Allah! Tuhan kami, Terimalah
daripada kami solat kami, puasa kami, solat malam kami, kekhusyukan kami,
kerendahan hati kami, ibadah kami. Sempurnakanlah kelalaian atau kekurangan
kami, Ya Allah! Ya Allah! Ya Allah! Wahai Dzat yang Paling Penyayang diantara
para penyayang. Semoga rahmat Allah tercurahkan kepada sebaik makhluk-Nya, Nabi
Muhammad SAW, keluarga dan sahabatnya semua, dan segala puji milik Allah, Tuhan
semesta alam”.
Akhir sekali, hendaklah melaksanakan solat sunat dengan menjaga rukun-rukun solat, memelihara sunat dan adab bersolat serta khusyuk dan tidak tergesa-gesa.
Baca juga: Panduan Solat Sunat Terawih 8 Rakaat di Rumah
Baca juga: Panduan Solat Sunat Terawih 8 Rakaat di Rumah
Peringatan :
Kepada para suami dan ketua keluarga adalah diharapkan dapat istiqamah (konsisten) dalam mengimarahkan rumah dan kediaman dengan kedatangan bulan Ramadan al Mubarak ini. Disamping melaksanakan kepelbagaian ibadat solat maka, dianjurkan meluaskan kehadiran rahmat Allah SWT dengan membaca Al-Quran, berzikir dan lain-lain.
Sumber daripada :
Jabatan Mufti Negeri Perak
Semoga perkongsian panduan mengerjakan solat sunat Terawih ini mempermudahkan kalian melaksana solat sunat Terawih bersama-sama keluarga tercinta dirumah sempena musim PKP ini.
bukan alasan utk tak buat solat tarawih dgn keluarga kan...good sharing Atul
ReplyDeletesalam jengah dari www.iamfuzy.com