Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Rumah Teduh Perlis Bina Pantri Makanan #AyamWithYou, Bantu Komuniti Kangar


Perlis, Mei 27, 2020 – Walaupun negara kini menghadapi situasi sukar akibat wabak Covid-19, semangat saling mambantu, murah hati dan saling percaya-mempercayai tetap utuh dalam kalangan rakyat. Kemudahan lama seperti pantri makanan untuk kegunaan ramai kini diberi wajah baru. 

Inisiatif pantri makanan #AyamWithYou oleh Ayam Brand™ dan 13 buah rumah kebajikan dari seluruh negara kini giat membantu pertubuhan amal dan memperkasakan mereka untuk membantu komuniti setempat yang memerlukan. 

Sebagai contoh, di Perlis, Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Rumah Teduh Perlis di Jalan Sekolah Derma usaha membantu komuniti setempat ini dengan menguruskan pantri #AyamWithYou di sini.


Ayam Brand Campaign

“Kami bimbangkan kebajikan sesetengah keluarga di sini terutamanya ketika Ramadan dan Hari Raya. Kami sendiri tidaklah mewah, tetapi keperluan mereka lebih mendesak. Kami pernah menyertai kempen Ayam Brand™ Community Care pada masa lalu. Tahun ini, Ayam Brand™ sekali lagi memberikan kepada organisasi kami bekalan produk makanan mereka untuk tempoh dua bulan dan menyarankan pantri makanan atau gerobok rezeki sebagai satu penyelesaian untuk komuniti ini. Mereka telah menyediakan gerobok kalis cuaca ini dan satu bekalan produk berasingan yang boleh kami gunakan buat membantu komuniti kami,” kata pentadbir Pertubuhan Kebajikan Dan Amal Rumah Teduh Perlis, Puan Shahida.


Ayam Brand Campaign

Pantri kalis cuaca ini dipasang di hadapan rumah kebajikan tersebut supaya penjarakkan sosial dapat dilaksanakan. Ia terbuka untuk kegunaan umum 24 jam. Penduduk menghantar maklumat mengenai pantri makanan ini menerusi kumpulan komuniti di media sosial dan aplikasi Whatsapp, manakala anak-anak yang tinggal di rumah kebajikan ini diberi tugas menambah produk Ayam Brand™ tersebut setiap hari. 

“Kami menghantar khidmat pesanan ringkas menerusi WhatsApp dan Facebook memberitahu semua penduduk bahawa bahan makanan di dalam pantri tersebut adalah percuma bagi yang memerlukan, manakala mereka yang ingin menyumbang boleh sumbangkan makanan kering, snek, alat tulis, produk pencuci dan barangan keperluan lain. Anak-anak ini gembira diberi tanggungjawab menguruskan pantri makanan ini dan memastikan bekalan sentiasa penuh kerana mereka berpeluang mengamalkan budi pekerti yang mulia dan sikap murah hati,” kata Puan Shahida.

Respon terhadap inisiatif ini amat menggalakkan dengan peruntukan harian produk Ayam Brand™ seperti tuna, kacang panggang, kacang pea, nanas dalam tin dan santan kelapa laku di kalangan penduduk, dan barang keperluan lain ditambah dengan sokongan padu daripada ahli komuniti. 

“Kami menemui beberapa item yang tidak disangka-sangka di dalam pantri termasuk sayuran segar, buah kurma, susu bayi, lampin dan biskut Raya! Kami dapat merasakan keakraban #KitaJagaKita itu. Projek pantri makanan #AyamWithYou telah menjadikan Ramadan dan Raya ini amat istimewa dengan membina ikatan antara kami berasaskan budi pekerti mulia, sikap saling mempercayai dan bantu-membantu sesama ahli komuniti. Ini membolehkan kami menyumbang secara aktif ke arah kesejahteraan semua,” tambah beliau. 

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbangkan lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, seterusnya menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 buah organisasi dan NGO amal sejak 12 tahun lalu. 

Tahun ini jenama tersebut membantu menyokong barisan hadapan Covid-19 di Hospital Sungai Buloh, 13 buah rumah kebajikan, inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, dan pusat transit gelandangan Anjung Singgah Kuala Lumpur, dengan perancangan untuk membantu lebih banyak lagi organisasi dan komuniti. 

“Covid-19 telah mengubah sama sekali perancangan awal kami untuk kempen tahunan Ayam Brand™ Community Care Campaign kali ke-13, tetapi kini kami dapat melihat kesan positif hasil daripada inisiatif pantri makanan #AyamWithYou. Ia mengubah naratif rakan kongsi kebajikan kami daripada menjadi penerima bantuan kepada penyumbang dan penderma dalam komuniti masing-masing. Komuniti di sini telah menerima konsep pantri makanan ‘sila ambil yang anda perlu sahaja’. Ini menghasilkan kitaran kebaikan yang mampu memastikan inisiatif ini terus kekal,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand, Nathan Deverre.

Ayam Brand Campaign

Kakitangan Ayam Brand™ turut sama menghebahkan mengenai pantri makanan ini supaya lebih ramai boleh mendapat manfaat dan turut memberi sumbangan. Mereka menjadi antara penyumbang pertama dengan menyumbangkan item bukan makanan ke dalam pantri tersebut. 

“Kami menghantar senarai barangan yang diperlukan bermula dengan kaum keluarga dan sahabat handai. Sesiapa yang boleh terus menghantar item tersebut ke pantri, ramai daripada kami yang sanggup dan berminat untuk membantu. Malah mereka turut mengongsikan lokasi pantri dengan golongan yang memerlukan. Setiap daripada kita boleh membantu dengan cara tersendiri,” kata seorang eksekutif Ayam Brand™ yang tinggal di kawasan projek pantri ini. 

Pantri makanan #AyamWithYou terletak di No 45, Lorong Haroom Bunga, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar, Perlis. Jadilah sebahagian daripada usaha murni memberi dan menerima barang keperluan ini. 

Ayam Brand Campaign

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif pantri makanan #AyamWithYou, layari https://www.ayambrand.com.my.

Mengenai Ayam Brand 


Ayam Brand, satu jenama isi rumah di Malaysia dan Asia selama 128 tahun memang terkenal dengan rangkaian luas makanan dalam tin yang sihat dan berkualiti, bebas bahan awet serta tidak mengandungi MSG tambahan. Produk Ayam Brand dikilangkan di kemudahan canggih yang mematuhi standard antarabangsa paling tinggi, persijilan (HACCP, ISO 9001) yang diiktiraf di seluruh dunia dan diakui halal. Selama empat tahun berturut-turut mulai 2013 hingga 2016, Ayam Brand dipilih sebagai Top 10 jenama FMCG pilihan di Malaysia, berdasarkan kepada Kaji Selidik Kesan Jenama oleh Kantar Worldpanel Brand Footprint Study.  

Untuk pertanyaan media:-


Retna Vijayan
About Communication Sdn Bhd
03.8075.  6000/012.639.8443

Samuel Tan
About Communication Sdn Bhd
03.8075.6000/012.635.8443
samuel.tan@aboutcom.com.my

#ayambrandmy #AyamBersamaMu #AyamWithYou #kitajagakita

20 comments:

  1. Bagusnya inisiatif ayam brand buat pantri makanan lagu ni. Bantu mereka yang memerlukan dan memberi peluang pada pihak yang lain untuk turut sama menyumbang ☺️👏

    ReplyDelete
  2. Bagusnya ayam brand ni buat kempen macam ni. Harap ia diteruskan lagi. dah harap banyak lagi brand yang akan buat kerja amal macam ni.

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah dalam keadaan yang kita hadapi sekarang ni. Masih ramai lagi syarikat yang datang membantu. sungguhlah rakyat Malaysia ni memang baik hati. Walau kadang kadang kita selalu dikaitkan dengan sifat yang pentingkan diri, tapi benda tu hanya setengah suku je yang buat. Yang murah hati dan prihatin lebih ramai dari itu

    ReplyDelete
  4. Usaha murni yang sangat bagus. Setuju sangat kalau inisiatif macam ni berlangsung dekat semua negeri.

    ReplyDelete
  5. Bagus usaha dan effort macam ni. Sekurang-kurangnya dapat meringankan golongan yang memerlukan bantuan. tahniah kepada Ayam brand

    ReplyDelete
  6. Bagus usaha diorang. Dapay membantu golongan yang memerlukan. Tambah2 musim PKP ni

    ReplyDelete
  7. very nice initiative from ayam brand! I have always love their tuna! best to eat with sandwich

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah dalam keadaan seperti ni memnag ade yang memerlukan bantuan.. Bagus ayam brand buat pantri ni.. Lepas ni support brg ayam brand

    ReplyDelete
  9. bagus ada progam macam ni..dapat membantu lebih ramai orhg yang mmg sangat memerlukan ..kuddos ayam brand :-)

    ReplyDelete
  10. Alhamdulilah..dengan usaha murni ini moga ramai lagi orang dapat membantu dan meringankan beban harian kepada mereka yang memerlukannya...

    ReplyDelete
  11. Allahu... Bagusnya dapat join sesama bantu program sebegini. Usaha company ni is satu inisiatif yang baik dan harus dicontohi lebih ramai badan korporat lain juga. Tahniah Ayam Brand

    ReplyDelete
  12. tahniah ada inisiatif gini. mmg tak dinafikan musim pkp ni ramai org terkesan

    ReplyDelete
  13. Inisiatif yang bagus untuk membantu golongan golongan memerlukan. Tahniah atas usaha murni ini ayam brand :)

    ReplyDelete
  14. ini memang initiative yg sangat bagus by Ayam Brand. Mudah untuk yg nak membantu, lagi mudah untuk yg layak menerima ...

    ReplyDelete
  15. This is really a good initiative from the company. This will make it easier for those who need help. :)

    ReplyDelete
  16. Terbaik ayam brand adakan program mcm ni utlk membantu org2 yg memerlukan bantuan

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum..
    Memang kita harus saling membantu sama sesama...

    Salam ukwah dari saya untuk anda.....jom follow blog aku ya...Semoga ikatan ukhwah kita akan berterusan.. Terima kasih sekali lagi..ya

    ReplyDelete